Hari Sabtu 6 Oct 2012, kami semua (kecuali Adel) pergi menonton Hotel Transylvania di Cathay Cineplex, Damansara. Aktiviti menonton wayang hari itu adalah hadiah kepada Arissa sebab dia berjaya habiskan 6 buah buku. Kalau Arissa dapat habis kan 6 buah buku, dia akan dapat 6 stars dan 6 stars bersamaan dengan satu consumable hadiah. Aryana, free rider. :-)). Tak payah dapat 6 stars pun boleh pergi. Untung lah Yana ni.
Macam mana cerita Hotel Transylvania (HT). Ceritanya memang kelakar. Kalau nak compare dengan kartun yang kami tengok, Madagascar 2, HT lebih kelakar. Walaupun jalan ceritanya biasa biasa saja (Toy Story lebih hebat) tapi tetap ada mesej yang ingin disampaikan. Ia mengingatkan saya pada cerita Afdlin Shauki Papadom di mana si Ayah sangat protektif pada si anak perempuan. Semua karekter menarik dalam cerita ini. Bermula dari Count Dracula (vlah..vlah..vlah...) sampailah kepada Wayne the Werewolf. Cakap pasal karekter, Aryana minat pada Count Dracula. "Sebab dia handsome"...amboi Aryana...You are ONLY 4!. Arissa, being the girly type, dia suka Mavis, anak Count Dracula. Not surprising lah sebab dalam semua cerita yang di tengok nya, kalau ada watak feminin yang sebaya dia, itu lah favorite watak dia.
Walaubagaimanpun, saya rasa cerita ni sedikit perlahan di bahagian awal, tapi lepas tu, ia dah start momentum. Pengenalan pada watak watak monster seperti Frankenstein, the Mummy agak menarik tapi mungkin humournya agak berlebihan. But overall, kami enjoy cerita ni. Kalau nak bagi star, saya akan bagi 6 stars, sama macam Arissa dapat.