Aquari KLCC
Hari ni balik kampung di Shah Alam. First stop, as we have planned, was Aquaria KLCC. Excited. Mama excited, Arissa excited (dari semalam dah sibuk cakap nak tengok fish)...Aryana,...harap harap dia pun excited. Ingat nak pergi hari Khamis akan tetapi hari Rabu ada dua feeding, the so-called shark feeding (why so-called? I will explain in a minute) at 3 pm dan juga piranha feeding at 4pm
Shark Feeding Time@3pm
Dalam pukul 3 lebih, shark feeding time...as they call it. Sebenarnya time ikan ikan makan. Ada 2 diver yang kasi mkn ikan ikan tu. Satu diver ni pegang mulut seekor ikan pari yang teramat besar dan heret ikan pari tu ke tempat makan ikan ikan tu. Quite a sight actually. Kitorang tunggu, mana shark nya. Shark yang kecik adalah. Kitorang expecting kasi makan sand tiger shark...that would be something. Papa nyer letak Arissa kat bahunya dengan harapan dapat view yang lebih baik.
Lepas tengok ikan makan, kita masuk terowong air tu...yes..that was the best of the whole Aquaria...the main attraction. Up close but not personal with the sand tiger shark. Sand tiger shark ni kalau tengok dia memang menggerun kan...gigi dia semua taring dan ada 2 layer. Tetapi sebenarnya, sand tiger shark ni gentle. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Tak macam ikan jerung great white. Size nya 2 kali ganda sand tiger shark dan dia akan attack manusia sama ada kacau atau tidak. Lagi bahaya. Arissa terpegun juga tengok ikan ikan dalam terowong kolam tu. Aryana...tidor dalam stroller.
Piranha Feeding Time@4pm
Pukul 4 petang, piranha feeding time...yang ini menarik. Memang piranha ni live up to its expectation. Kurang 10 saat, a school of piranhas boleh baham seekor ikan. Ikan tu hilang lesap tah kemana lepas dikerumun oleh ikan ikan piranhas. Papa angkat Arissa untuk nampak view yang lebih baik. Best juga lah tengok.
The Souvenier Shop
Bila kuar dari Aquaria...macam biasalah...beli souvenier for the girls. Arissa beli kepala harimau, Aryana dapat ular kayu. Both of them got t shirts.