Friday, August 21, 2009

Nasi Lemak Pusing :: 16 Ogos 2009 ::

Pagi ni, kita sekeluarga pergi makan nasi lemak pusing pulak. Dah ler semalam pulun makan jugak, hari nih pun pulun makan..mentang-mentang minggu depan dah nak puasa. Mama laaa yang beri cadangan makan nasi lemak pusing tuh..tapi memang dah lama kita tak makan nasi lemak pusing tuh. kalau tak silap mama, aryana tak pernah pergi kot nasi lemak pusing nih. so hari ni, aryana dah dapat merasa nasi lemak pusing... :)

Thursday, August 20, 2009

Sepetang Berjalan-jalan... :: 15 Ogos 2009 ::

Hari ini, kita sekeluarga pergi berjalan-jalan ke beberapa tempat. Walaupun pagi tu, mama ada kelas SBT, tapi mama balik jer dari kelas SBT tuh, kita semua pulun bertolak...(sebab pikir, bila laa lagi nak jln sblm puasa nih, minggu nih kita pulun makan)

Kita bertolak dari rumah dalam pukul 11:30pg.

Lunch @ Taiping

Mula-mula kita berjalan makan tengahari di taiping..mama punya laaa teringin sangat nak merasa kuew teow yang digembar-gemburkan kesedapannya oleh ramai orang..iaitu di kedai yang bernama... DOLI...sampai di taiping, dalam pukul 12:30..jadi sedang elok utk mkn tghari (pagi tuh memang tak mkn sgt..punya laaa nak save perut utk merasa kuew teow ni)...sampai di DOLI..punya laaa ramai org kat kedai tuh..kita pun tunggu jugak laaa..maklum laaa dtg dari jauh semata-mata nak merasa kuew teow..kita balun..2 kuew teow goreng special..ditambah pula satu kuew teow goreng biasa (ni konon2 utk arissa n aryana)...overall..kuew teow tuh boleh tahan jugak laaa sedapnya..bak kata arissa..3 stars out of 5 stars...



Lumut..here we come..

Selepas makan di taiping, kita bertolak pula pergi ke Lumut. Papa yang beri suggestion berjalan ke lumut pula, mama 'on' ajer..jalan punya pasal..ok ajer..hehe

Sampai di Lumut, kalau tak silap dah pukul 3 lebih kot. berjalan di Lumut tak pergi mana sangat, just jalan-jalan sambil beli barang-barang keropok kering ajer. Papa beli satay ikan n chime tuh, mama pulak beli keropok nak goreng kat rumah :)




Bercanda di Teluk Batik, Perak

Dah alang-alang di Lumut, kita menyambung perjalanan kita ke Teluk Batik pulak. Punya laa nak tunjuk pada arissa..beach... "arissa, ini laaaa beach...." Di Teluk Batik, kita bentang tikar sambil makan aiskrim, mengadap pula ke Laut Selat Melaka..nyaman sungguh...seronok tengok, tapi arissa tak berpeluang nak mandi laut....laut macam bergelora je mama tengok. lagi pun arissa tak der pun bawak swimming suit..maybe some other time laaa arissa, n maybe carik laut yang tak berapa nak bergelora sangat..kalau mama, memang tak berani nak bawak arissa main laut...*mama surrender*





Dalam pukul 6 lebih kot, kita pun bersiap-siap nak balik ke tronoh...